De' Owner


Nursyaza Fareha Razali
19 y/old
Married With Md Masdir Mastan Since 7Sept 2013.. Hate my blog? click Here


ヅNur Syaza Farehaヅ(ღˇ◡ˇ)~♥
Sunday, 4 August 2013 • 10:38 • 1 Sweet hearts

Pertengahan bulan Febuari 2013,awak dan saya mula kenal.Tapi,perkenalan kita adalah disebabkan oleh umi saya..umi yang kenalkan awak pada saya kan..:)..tapi,awak dan saya bukan berkenalan terus kan...sebelum saya dan awak mula berhubung,umi ada suruh saya solat istikharah dulu..dan,umi pun ada suruh awak solat dulu kan sebelum kita kenal..??Saya buat lah apa yg umi suruh saya buat...awak ada buat tak..??Alhamdulillah awak pun dah buat..Pada awalnya,saya tak yakin sangat tau nak kenal dengan awak..sebab saya tengok awak ni lebih layak kenal dengan perempuan yang jauh lebih baik dari saya..tapi,syukur Alhamdulillah,beberapa malam selepas saya melakukan solat istikharah tu..saya rasa hati saya sangat terbuka untuk mengenali awak..Jadi,awak dan saya pun mula lah berkenalan dan berhubung untuk pertama kalinya kat dalam facebook kan..:)..sebelum kita kawan kat dalam facebook,ada orang misscall saya tau..orang tu cakap dia salah number.then,masa awak dan saya dah jadi kawan kat dalam facebook,kita mula lah chatting untuk pertama kalinya kan....awak tetiba tanya saya kalau ada orang salah number tadi misscall saya...terkejut saya masa tu tau..tapi,saya sememangnya dah jangka bahawa itu awak.Sebab,sebelum umi jalan pergi masjid,umi ada pesan kat saya...umi cakap,kalau ada sesiapa call saya,umi suruh saya jawab and cakap baik2..jadi,saya dah pun suspek itu number awak..tapi,awak belum bagitau kat saya bahawa itu number awak..awak cuma cakap awak salah number masa awak misscall saya kan..:)..lepas tu,masa kita chat tu bru awak bagitau saya yang itu number awak...awak cakap awak sengaja tak nk bagitau itu awak sebab awak takut jika saya taknak kawan & kenal dengan awak..hehe...tapi,yang sebenarnya,saya gembira sangat sebab dapat kenal awak tau..:)...selepas beberapa hari kita kenal,awak cakap awak nak meminang saya bila rumah awak dah siap renovate..padahal,awak belum pernah pun nampak saya lagi kan masa tu..cuma melalui gambar kat facebook jer awak nampak..tapi,secara face-to-face pun belum lagi,tapi awak dah nak meminanang saya..hehe...saya ingat awak bergurau,tapi rupanya awak memang maksudkannya kan awak..:).

Beberapa minggu selepas kita kenal,awak cakap awak nak datang rumah.Awak nak tengok saya.Jadi,awak pun telefon umi dan cakap kat umi bahawa awak nak datang rumah kan..:)..awak memang gentleman...hehe..Umi pun mengizinkan lah awak datang kat rumah  untuk pertama kalinya pada 21/3/2013.
Dan,pada masa itulah pertemuan kita untuk pertama kalinya..dengar jer bunyi motor awak,jantung saya dah macam nak meletup tau...kepala lutut dan kaki rasa macam dah tak boleh nak melangkah..sejuk jer saya rasa masa dengar awak dah masuk rumah..masa awak sampai tu,saya kat dapur.Awak masuk dari depan kan masa tu..saya sengaja tau menyibukkan diri kat dapur walaupun masa tu dah tak ada yang nak di sibukkan.Kemudian,umi panggil saya.umi suruh saya keluar pergi tuang air...Ya Allah,betapa saya rasa macam nak pitam masa tu..hanya Allah jer yang tahu perasaan aya masa tu..awak,awak tak tau pasal ni kan..awak,saya sempat nangis tau masa umi pujuk saya keluar pergi tengok awak..saya malu sangat nak jumpa awak sebab saya takut awak berubah hati lepas nampak saya....jadi,nak taknak,biarpun kaki saya berat nak melangkah keluar..saya tetap kuatkan semangat saya..selepas jer saya keluar & hidang air untuk umi,abah dan awak.,saya beranikan diri duduk sebelah abah supaya dapat tengok awak..hehe..saya berlindung disebalik abah untuk tengok awak...awak perasan tak saya buat macam tu..??hehe...awak pun curi-curi pandang saya kan...?Eleh...jangan tipu lah..saya nampak awak curi-curi pandang saya..:)..sama lah kita kalau macam tu kan..hehe..

Labels:


Blogger cik nyoonyalita said...

SWEET ! hihi tahniahhhh :)

 

Post a Comment


1 comment(s)
Written By:Nursyaza Fareha.Thanks for reading this Post.

Lovely Fellas

Tips Tricks And Tutorials

Chatting Here


Leave your Footprints HERE..
Do not use HARSH words here..
Do not Spamming any ADS or LINKS here..
Do Leave your comment here if you Follow me so i can Follow up you..:)
Please Be Nice :)
Contact Me

Contact me at...
: Nur Syaza Fareha(Chajo)
: @nursyazafareha
: Nursyazafareha
: nursyaza_fareha94
: nursyazafareha@ymail.com
: nursyazafareha
Follow & Like Sini





The Past


  • MEGA GIVEAWAY
  • First Mini Giveaway by Liyana Jasmi
  • Syawal Giveaway by Syazlia & FD
  • GA Ramadhan Raya by Emas Putih
  • SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan
  • Ramadhan Al-Mubarak Giveaway
  • Pre Raya GiveAway By Adam Faiz
  • Segmen Follow Mengfollow Sampai Pengsan by Cik Haw...
  • Mini Giveaway Sempena Bulan Ramadan By IzyanNazira...
  • First Giveaway by Hidayah & Ifah

  • Klik @ Sedekah Sini


    Blog Archive




    Credit Section

    Template By: Her
    Base code: Her
    Some stuff:
    Fully Edited By: Nursyaza Fareha